Wednesday 20 April 2011

Mengenal Penceramah

Dr RUSMINI
Dr RUSHMINI MARRIS

Beliau akan menjadi penceramah pertama di dalam bengkel kecantikan di Kuantan nanti.
Dr Rushmini memang tidak perlu di perkenalkan kerana beliau merupakan penulis tetap untuk Utusan Malaysia ruangan Kesihatan. Beliau banyak memberi ilmu dan penerangan mengenai rawatan kecantikan dan aesthetic moden. Selain dari Utusan Malaysia , Dr Rushmini juga merupakan penulis untuk Mingguan Wanita dan mempunyai "airtime" di KLFM setiap pagi Khamis. Dr Rushmini juga pernah beberapa kali di paparkan di Selamat Pagi Malaysia dan beberapa majalah yang lain .
Dr Rushmini mempunyai beberapa klinik kecantikan di bawah nama Marissa Esthetik yang terletak di Semenyih , Shah Alam dan Sg Pelik Sepang.  Dr RUSHMINI sangat cenderung dalam topik HORMONE dan ANTI PENUAAN . Topik ini sangat jarang di fahami oleh doktor di Malaysia . Ramai orang yang tidak tahu tentang fungsi penting Hormone dalam mengawal badan kita dalam seharian. Masalah ketidak kesimbangan Hormone boleh menyebab kan kita mendapat pelbagai penyakit , kegemukan dan penuaan. Pada ceramah beliau , antara isi yang akan di paparkan adalah bagaimana hormone boleh mencegah penyakit seperti kencing manis , darah tinggi , masalah sexual ( lelaki dan perempuan) , masalah berat badan dan banyak lagi.  Hormone juga dapat menjelas kan kenapa kita menjadi tua , kenapa kita gemuk atau terlalu kurus dan pelbagai masalah yang lain .
Selain dari ceramah , Dr RUSHMINI juga ada menyedia kan "sample" percuma untuk pengunjung Bengkel agar peserta dapat "merasai" apakah kesan rawatan HORMONE ini.
Oleh itu , jangan lah tertinggal dari mengambil bahagian kerana penglibatan anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda atau orang yang anda sayang .

No comments:

Post a Comment